Sunday, June 5, 2011

Umrah 2010

Syukran. Alhamdulillah kerana Allah SWT membukakan pintu hatiku untuk mengerjakan salah satu amalan wajib (bagi yang mampu) dalam agamaku. Perjalanan ini tidak dirancang, namun bak kata orang, bila dah sampai seru dan ada izin Tuhan, semuanya bisa berlaku sekelip mata.




Rentetan perjalananku agak jauh. Namun kembara ini tidak ada tolok bandingnya. Tiada rasa dapat menandingi tika pertama kali sampai di batasan Tanah Haram dan kita melaungkan Labaikalla humma labaik! Apatah lagi bila pandangan mata pertama kali jatuh ke atas Kaabah, yang selama ini menjadi kiblat solat kita. Airmata berlinang tanpa henti. Ya Allah....begitu besar nikmat yang KAU berikan pada hamba-MU ini.




Aku datang menyahut seruan MU dan memohon hidayah dan keampunan-MU.



Semoga sinar berpanjangan


Airport Brunei menunggu penerbangan ke Jeddah

(4/6/2010)


Ziarah di Bukit Uhud yang bersejarah

Bersama sepupu tersayang di Masjidil Nabawi Madinah

semasa ziarah Wida makam Nabi SAW

Ziarah ladang unta (Mekkah)



11 Jun 2010 (Jumaat) - Aku bersyukur kerana berpeluang
menyambut ulangtahun kelahiranku di depan Kaabah



12 Jun 2010 (Sabtu) Selepas selesai Tawaf Wida




Semoga aku bisa kembali lagi ke sini. Amin.